Ikhtiar Kesihatan Keluarga Bersama Beetamin

Madu Tualang Asli & Tulen

Kuat Daya Ingatan

Madu membantu meningkatkan daya ingatan kerana mengandungi glukosa semula jadi yang menjadi sumber tenaga utama otak, serta antioksidan yang melindungi sel saraf daripada tekanan oksidatif dan penuaan pramatang otak.

Baik Untuk Sistem Pencernaan

Madu bertindak sebagai prebiotik semula jadi yang menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus (seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium), seterusnya membantu penghadaman dan mengurangkan masalah gastrik serta sembelit.

Kuat Sistem Imun Badan

Madu menguatkan sistem imun badan melalui kandungan antioksidan seperti flavonoid dan polifenol yang membantu melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sel imun.

Penyembuhan Luka & Batuk

Madu mempunyai sifat antibakteria dan antimikrob semula jadi (melalui hidrogen peroksida dan keasidan rendah) yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka serta melegakan batuk dan iritasi tekak.

Menyokong Kesihatan Jantung

Pengambilan madu secara sederhana membantu menyokong kesihatan jantung dengan mengurangkan tekanan oksidatif, membantu mengawal kolesterol LDL dan menyokong peredaran darah yang lebih baik.

Beri Tenaga Semula Jadi

Madu mengandungi fruktosa dan glukosa yang mudah diserap oleh badan, menjadikannya sumber tenaga pantas dan berpanjangan tanpa menyebabkan lonjakan gula darah secara mendadak seperti gula diproses.

Madu Yang Mendapat Pengiktirafan:

Sumber Madu Yang Asli Dari Hutan

Produk Madu Dari Beetamin

Testimoni Pelanggan Beetamin

SYAKIR Designation

Alhamdulillah, makin sihat dan bertenaga selepas amalkan madu sesudu setiap pagi

SYAKIR Designation

Alhamdulillah, makin sihat dan bertenaga selepas amalkan madu sesudu setiap pagi

SYAKIR Designation

Alhamdulillah, makin sihat dan bertenaga selepas amalkan madu sesudu setiap pagi

SYAKIR Designation

Alhamdulillah, makin sihat dan bertenaga selepas amalkan madu sesudu setiap pagi

SYAKIR Designation

Alhamdulillah, makin sihat dan bertenaga selepas amalkan madu sesudu setiap pagi

FAQ

Apa beza madu tualang dengan madu lebah yang lain dan apa keistimewaannya?

Madu Tualang dihasilkan oleh lebah liar yang bersarang di pokok tualang tinggi di hutan asli. Berbeza dengan madu ternak, madu tualang mempunyai kandungan antioksidan, enzim semula jadi dan khasiat penyembuhan yang lebih tinggi kerana sumber nektarnya datang daripada pelbagai jenis bunga hutan. Ia terkenal sebagai madu premium, lebih pekat, beraroma kuat dan memberi kesan yang lebih terasa untuk kesihatan.

Kenapa warna madu boleh berbeza-beza?

Perbezaan warna madu adalah semula jadi, bergantung kepada jenis bunga, kawasan hutan, musim dan mineral yang terkandung dalam madu tersebut. Warna madu boleh berubah daripada kuning keemasan hingga coklat gelap. Lazimnya, madu yang lebih gelap mengandungi antioksidan yang lebih tinggi, dan perbezaan warna bukan tanda madu tidak asli atau rosak.

Apakah penyakit yang boleh disembuhkan dengan madu?

Madu bukan ubat, tetapi ia membantu menyokong dan mempercepat pemulihan tubuh. Antara manfaat madu yang sering diamalkan termasuk membantu masalah batuk, selsema, gastrik, luka dalaman, keletihan, tekanan darah tidak stabil, imun badan lemah dan pencernaan. Ia sesuai dijadikan amalan kesihatan harian di samping rawatan perubatan. Meskipun madu dibawah kategori superfood namun kita harus beriman bahawa madu merupakan penawar.

Kenapa madu tualang bergas dan bagaimana cara membuka penutup botol madu?

Madu tualang boleh menjadi bergas secara semula jadi kerana proses fermentasi ringan akibat kandungan enzim dan yis semula jadi dalam madu asli. Ini adalah tanda madu hidup dan tidak diproses berlebihan.
Untuk membuka penutup botol dengan selamat:

  • Masukkan botol madu ke dalam peti sejuk chiller semalaman sebelum dibuka.

  • Buka perlahan-lahan sedikit demi sedikit

  • Pastikan botol tidak digoncang sebelum dibuka

Adakah produk madu dari Beetamin ini dijamin asli?

Madu Tualang dari Beetamin ini telah mendapat pengiktirafan akan keaslian madunya oleh Genom Malaysia, UKM UNIPEQ, Mesti KKM dan SGS.

Jaminan 3X duit untuk dipulangkan jika mendapati madu dari Beetamin tiruan.

Visit Beetamin

×
×

Cart